Tuesday, November 2, 2010

Mutiara Asli VS Mutiara Tiruan

Salam kepada semua pelanggan dan pelawat saya...


Pada hari ini, saya ingin berkongsi maklumat mengenai cara untuk mengetahui sama ada mutiara yang anda beli tu asli atau palsu. Saya yang merupakan salah seorang pembekal mutiara asli dari Negeri Sabah ni tidak mahu pelanggan - pelanggan saya tertipu kerana membeli mutiara - mutiara yang palsu dari orang yang tidak bertanggungjawab.

Antara maklumat - maklumat yang saya perolehi ialah ;

  1. Mutiara Asli ni apabila kita gigit atau geselkan mutiara kat gigi kita akan terasa kasar dan nyilu di gigi kita manakala yang palsu pula apabila kita gigit kita akan terasa licin jer.
  2. Cuba kita kikis atau kupas kulit mutiara asli ni menggunakan apa saja benda tajam pasti kulitnya tidak akan terkupas atau terjejas dan begitulah sebaliknya jika kita lakukan benda yang sama kat mutiara palsu.
  3. Apabila mutiara asli dibakar, keadaan fizikal mutiara asli tidak akan terjejas tetapi jika mutiara palsu pasti akan terjejas dengan teruk sekali.
  4. Mutiara Asli juga sangat keras apabila kita gigit dan silap - silap gigi kita boleh patah jika kita gigit mutiara ni jadi berhati - hatilah.
  5. Berbanding dengan mutiara palsu, mutiara asli akan terasa berat jika kita cuba menimbangnya.
  6. Keadaan fizikal mutiara asli juga selalunya tidak sesempurna mutiara palsu kerana mutiara asli ada terdapat sedikit kesan 'kecederaan' kerana tindakan semulajadinya.

Jadi dengan adanya maklumat yang saya berikan kepada anda semua ini dapatlah anda praktikkan jika ingin membeli mutiara. Jadi sebagai kata akhir, belilah produk mutiara dan kristal  dari saya yer... dijamin mutiara ni adalah yang asli !!!

HARRY LAIPAT
Pembekal Mutiara & Kristal dari Sabah.
0148669201

0 comments:

Post a Comment